Assalamualaikum,
Kepada semua warga penduduk TMJ3.
Adalah dimaklumkan Ahli Khairat Kematian yang mendaftar dengan Surau Darul Ehsan adalah seramai 58 orang sahaja.
Sementara Ahli Tabung Khairat Kematian TMJ3 adalah 43 orang.
Daripada 58 orang, hanya 14 orang saja yang "BELUM" mendaftar dengan "Tabung Khairat Kematian Taman Meru Jaya". Dan seorang telah ditamatkan keahliannya setelah 5 kali tidak membayar kepada pihak Surau.
Tujuan Tabung Khairat TMJ3 diadakan, adalah untuk mengelak berlakunya kelewatan pembayaran ( RM5.00 bagi setiap kematian) kepada pihak Surau.
Oleh itu pihak Persatuan amat menggalakan warga TMJ3 menjadi ahli tabung berkenaan.
Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi ketua lorong masing-masing.
Terima Kasih.