Wednesday, April 14, 2010

MUTIARA KATA

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa semenjak kita dilahirkan ke dunia ini, kita telah dianugerahkan oleh Allah MODAL yang amat berharga sekali untuk membantu kita mencapai kejayaan atau kekayaan di dunia ini. MODAL yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia iaitu Mata, Otak, Darah, Anggota, Limpa/Hati (MODAL).

Allah telah menganugerahkan MATA kepada manusia untuk melihat peluang-peluang di sekeliling kita.

Allah telah menganugerahkan OTAK kepada manusia untuk berfikir bagaimana hendak mencari rezeki atau mencari kekayaan secara halal.

Allah telah menganugerahkan DARAH kepada manusia supaya manusia terus hidup sepanjang hayatnya,

Allah menganugerahkan ANGGOTA supaya manusia dapat bergerak atau merebut peluang di depan mata dan

Allah telah menganugerah LIMPA atau HATI supaya manusia boleh menimbang pahala dan dosa semasa manusia memburu kekayaan.