Monday, March 29, 2010

Gotong Royong 28 MAC 2010




Assalamualaikum warga penduduk TMJ3.

Pada Jam 9.00 pagi bersamaan 28 Mac 2010, Program Gotong royong bagi mengalihkan kabin persatuan telah berjaya di lakukan.

Perancangan awal, pengalihan kabin tersebut menggunakan tenaga manusia. Tetapi setelah dicuba, ianya gagal.

Oleh yang demikian satu sumbangan "Derma Kilat" telah di buat bagi menampung kos penggunaan "kren" yang di usahakan oleh En. Mazlan.

Dengan sumbangan minima RM10 seorang, pihak persatuan berjaya mengumpul RM501.
Dana ini lebih dari mencukupi kerana kos penggunaan "kren" hanya RM200 sahaja.

Maka keputusan ramai mencadangan baki dana tersebut dimasukan ke tabung persatuan TMJ3.

Barisan AJK persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam program ini serta sumbangan yang diberikan. Semoga Allah saja yang dapat membalas kebaikan tuan-tuan.

Sekian, terima kasih.