Tanamlah pokok bunga ini di sekeliling rumah. Nescaya tak akan ada nyamuk yang akan masuk mengganggu tidur.Tak diketahui pula nama pokok bunga ini.Ia banyak ditanam di Pesantren Pertanian Al-Falah di Bogor, Indonesia.
Pensyarah di sana memberitahu bahawa nyamuk takutkan pokok bunga. Letakkan saja di pasu bunga atau tanam di sekeliling rumah , takkan ada nyamuk yang berani mendekati nya.
Terbukti benar, kerana walaupun asrama pesantren itu terletak di celah-celah rimbunan pohon yang lazimnya banyak nyamuk tetapi tak ada seekor pun nyamuk yang bernyanyi mengacau jauh sekali untuk menghisap darah kita.